Latest News

Nov 22 2017

Bersempena dengan Hari Kanak-kanak sedunia pada setiap bulan November, Jabatan Kejururawatan Hospital Pakar SALAM Senawang telah mengadakan sambutan Hari ‘Children’s Day 2017’ pada 12 November 2017 yang lalu.

Sambutan ini bertujuan untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kanak-kanak dan mencetuskan kesedaran kepada kita semua bahawa masyarakat mempunyai tanggungjawab untuk memberi perlindungan, kebajikan, kesejahteraan serta hak-hak mereka sentiasa dipelihara.

Majlis disempurnakan oleh YBhg. Datin Maslina Ibrahim, Pengarah Eksekutif dari Kumpulan SALAM Hospitals, pada jam 9.30 pagi bertempat di lobi, Klinik Pakar Wanita & Kanak - Kanak.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya melawat permainan kanak2, 'Share my Love' & 'Balloon thumprint', Ceramah Kesihatan dan Nutrisi daripada penceramah jemputan. Selain itu terdapat lawatan ke Wad Kanak-Kanak di Wad Jasmine untuk memberikan ‘goodies bag’ oleh YBhg. Datin Maslina Ibrahim, Dr. Zulfadhly Dr. Mohd Zaqrul diiringi oleh Matron Kalawathy, Sister Suriatie Saat dan semua AJK terlibat.

Setinggi-tingi penghargaan dirakamkan dan jutaan terima kasih untuk semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sambutan Program ‘Children’s Day 2017’ pada tahun ini.

View On Facebook

Turn your Facebook Page into a website, instantly.

Try now for 14 days FREE

No credit card required, unsubscribe at any time. pagevamp.com

Call Us Now